SELAMA: Pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani penularan pengaruh ajaran Syiah dan mu'tazilah yang dikesan dalam aplikasi digital Al-Quran, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Isu Syiah ini jelas di negara kita. Tidak perlu dibangkitkan dan dihangatkan masalah ini. Yang penting apabila keputusan telah dibuat Jemaah Mufti, kita kena terima.
"Jakim atau sesiapa sahaja penguat kuasa, pasti mereka ambil tindakan," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau bersama Perikatan Nasional Larut di Dewan Majlis Daerah Selama hari ini.
Jakim dilaporkan telah mengesan aplikasi digital al-Quran yang mengandungi penyelewengan atau tafsiran yang menyimpang antaranya merangkumi pengaruh mu'tazilah dan tafsiran berasaskan fahaman Syiah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dilapor berkata perkara itu hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan Jakim pada tahun lepas mengenai penyelewengan pentafsiran dalam aplikasi digital.
Jakim turut mendapati terdapat lebih 500 aplikasi Al-Quran dalam Google Play Store dan Apple Store di seluruh dunia.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata baki 60 dari 528 orang tahanan Depot Sementara Imigresen Relau, Kedah yang melarikan diri selepas berlaku rusuhan kecil pada 21 April lepas, masih lagi bebas dan difahamkan berada di sekitar Lembah Klang.
"Apabila dapat jumpa, kita tangkap dan kumpulkan. Jumlahnya kadang-kadang dua tiga orang, kadang-kadang ramai, tetapi jumlah akan capai angka sebenar," katanya.
Dalam kejadian 4.30 pagi pada 21 April lepas, seramai 528 orang tahanan di Depot Sementara Imigresen Relau, Kedah melarikan diri selepas berlaku rusuhan kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Hamzah berkata, pihak berkuasa termasuk Jakim akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani penularan pengaruh ajaran Syiah dan mu'tazilah. - Astro AWANI/Shahir Omar
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Ajaran syiah melalui aplikasi digital al-Quran akan ditangani sewajarnya - Hamzah
Terdapat aplikasi digital al-Quran yang mengandungi penyelewengan atau tafsiran yang menyimpang.